Jan 31, 2013

Oh malam.


Malam kelam. Bunyi cengkerik jelas kedengaran. Seperti meraikan malam yang panjang. Sang bulan pula terang sejak akhir-akhir ni, sepertinya tidak segan memperlihat sosok dirinya, tidak seperti hari-hari yang berlalu. Ah, ini nikmat Allah untuk semua. Agar manusia bisa lekas memuji dibibir turut juga terpampan dihati bertapa indah anugerah ciptaan Dia, kan ? Subhanallah !

Terus, nikmat Tuhanmu yang manakah kamu hendak dustakan ? T.T

--



Bila malam, aku cuba rutinkan apa yang aku belajar di asrama dulu. Bacaan Al-Mulk. Aku ingat dulu, jejak pertama melangkah ke alam asrama, alam berdikari. Mana aku tahu apa guna Al-Mulk itu ? Untuk apa ?

Nangis, sesal. Terlewat.

Tapi untung, aku ucap syukur. Sentuhan pertama di asrama sudah mula berputik hingga saat ini. Bait-bait ayat aku lagukan, jika tidak aku memperdengarkan. Resah pula, bila ditinggalkan. Begitu juga dengan laman sesawang, (muka buku,kicauan burung biru,blog). Entah kenapa sekarang, saat taip tinta, pasti fikir dua tiga kali. Bila taip, lekas dipadam. Mahu menoktahkan terus, lagikan tidak. Fuhh. Ini ujian. 

Ini bukan apa. Bila al-mulk tidak diamalkan, bila status huha huha aku sandarkan. Entah esok aku mati, aku juga yang sesal. Bukankah al-mulk menjadi penyelamat manusia dari seksaan kubur ? Banyak kelebihan, bila dirutinkan. Sayang sekali bila diendahkan. Glurp! Seribu kali sayang.

Begitu juga, status-status dilaman sesawang. Ya, mungkin aku sendiri selalu tenggelam dalam kehidupan dunia. Bila emosi terlebih aku taip tanpa hadam. Bila riang, aku taip terlebih girang. Hasilnya, ini sangat tidak sopan. -,-

Oh ya. Langsung tidak salah melontarkan rasa. Manusia biasa. Antara suka dan duka, sentiasa bercampur baur. Dan natijahnya, hemburan rasa sentiasa penuh di dinding timeline. Aku senyum. Cuma, ada ketika dahi berkerut lekas. Panas hati, Dia sahaja yang tahu. Melontarkan komentar biar cara beradab. Bukankah Allah jadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian ? 

Jadi, secara ringkas. Biar akhir hayat nanti, aku mahu apa yang aku titipakan saat akhir (status last) sentiasa indah buat tatapan semua. Bukan kata-kata nista yang aku ungkapkan. Kita sendiri tidak tahu, rahsia Dia. Mungkin, kita sendiri tidak sempat merasai nikmat hembusan nafas dipagi hari ? Oh mungkin ini malam terakhir untuk dihayati ? Apa sahaja boleh terjadi. Kelat rasa, tapi ini lah hakikat. Tskk tsk. 


Ya Allah, Engkau Tuhan Aku. 
Aku berlindung dar kejahatan yang dibuat oleh tanganku sendiri.
Maka, ampunilah aku.
Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosaku
melainkan Engkau.

T.T


____

P/s: Kadang susah juga nak istiqamah dgn al-mulk, tapi try slow-slow okay ? Eh, dah boleh dah bukak al-mulk. Dah boleh juga, delete status yang sentiasa menerawang. Zzz =.=' (ini buat diri. setempek kat muka :p)


1030 pm
31012013

malam yang indah.
Selangor.


No comments:

Post a Comment