Bismillah.
Lama sungguh tak menulis dilaman ini. rasa yang agak janggal. post yang terakhir pun april yang lalu. banyak sekali cerita baru yang tak tertulis disini. cerita senyum dan duka. tapi, tetap rasa semua cerita ini 'bitter sweet memories' untuk saya seorang salsa. ahah!
Banyak yang ingin diceritakan. dari cerita seorang yang cuba bertabah sedang dalam hati mudah rebah, hinggalah Allah menetapkan yang terbaik buat saya inshaAllah, pada jun yang lalu. begitulah Allah merencana perancangan buat hambaNya. menunggu dan menunggu, untuk menghirup manis diakhirnya.
Tidaklah taraf yang tinggi, tetapi cukuplah dengan taraf yang tetap membuat saya menjadi lebih aman dihati. cukuplah rakan sekerja yang memahami membuat saya menjadi lebih aman dihati. cukuplah suasana yang sederhana membuat saya menjadi lebih aman dihati.
Ya, lebih aman dihati. Sederhana. Itu yang ingin saya kecapi dimana jua saya berada.
-
Minggu yang lalu, Allah hadiahkan set penghapus dosa buat saya. persinggahan fasa 'rehat' yang cukup besar ertinya buat saya. dalam hidup ini tak pernah ada pengalaman warded seperti ini, akhirnya diberi peluang untuk merasa. perasaan itu seperti, "Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganmu, Allah!"
Tangisan dan semangat yang turun naik. hanya Allah mengetahui sakit itu bagaimana. dan, alhamdulillah. syukur. untuk hari yang ke 15 iaitu hari ini, Allah memberikan nikmat sihat itu semula. untuk kembali beribadah dan terus melakukan kegiatan normal seperti sebelumnya.
Ada satu ketika, hingga terfikir sudah sampaikah waktu itu? waktu untuk kembali pada Dia. tersenyum bila memikir kembali. ya, waktu itu akan tiba bila-bila masa sahaja. tidak kenal waktu dan ketika. muda atau tua. sihat atau sakit. sentiasalah untuk bersiap siaga. kerana kita tidak tahu, bila?
Saya syukur, diberi peluang kembali untuk merasa sihat. sejenak banyak benda yang perlu dirancang semula selepas fasa ini. menjadi yang lebih lebih baik, dah tentunya. ada waktu, membaca ayat-ayat dari mufti menk ditwitter sering kali membasahkan mata. memang akan terfikir, apa fungsi keberadaan saya didunia ini? kenapa sering terleka dan jatuh sukar untuk bangkit semula.
Kata-kata ini yang membuatkan saya untuk teguh kembali, didorong niat yang satu; berubah ke arah yang lebih baik, biidznillah.
--
Teringat satu doa satu ketika, jika kesakitan dapat menghapuskan dosaku. Kau berikanlah Allah. Beri yang terbaik buat aku. Rupanya, Allah kabulkan dikemudian hari, sakit yang sementara ini.. tapi tersangat berbekas dihati. bitter sweet memories, yang pasti sangat mendekat pada Mu. Thank you Allah! :')
Memori september, yang besar.
Semoga jiwaku terus membesar,
sebesar cabaran yang bakal
dihadapi kelak!
Wassalam,
Bukit Kapar.