Feb 6, 2013

Nota 4 Feb.

Hujan rintik-rintik membasahi telekung putih dia. Selipar disarung sudah lama bertakung air. Tanda hujan baru sahaja berhenti. Masa untuk pulang, ada dia bersama ibu tercinta. Pulang dari menjadi tetamu Allah. Dia syukur, tak henti dalam hati. Punya rumah dekat dengan rumah Allah. Dia senyum. Terusan senyum, senyum dalam syukur.

Telekung putih di seng-sengkan kemas. Langkah kaki perlahan, sederap demi sederap. Pandang langit hitam, ada bintang tapi punya titisan hujan. " Ini kuasa Allah." bicara ibu. Dia senyum, seraya mengangguk perlahan. 



dia--

--

Ligat bermain difikiran. Dia ketip bibir, kuat. Sakit. Dalam sedozen masa berlalu, dia imbas kembali masa berlalu. Senyum pahit menyinggah. Entah apa tersirat dan terselirat, cuma antara dia dan Dia, yang tahu. Sampai-sampai senyum pahit tadi, terus lari entah ke mana. Sungul.

Dalam kalam cinta antara dia dan Dia, banyak sekali titipan yang disalurkan. Bukan satu dua, entah beribu. Dari hari-hari belakang, hingga hari-hari yang baru ini. Kadang rasa malu. Kadang rasa tak berhak. Kadang rasa perlu. Tapi, sebenarnya rasa itu sangat perlu. Rasa untuk; berdoa. Doa pada Dia. Direct terus pada Dia, tanpa perlu ada kata pasword. Indah. Lagikan waktu, dahi mencecah lantai, bersaksikan sejadah jingga. Selalu dia luah meniti di bibir, tanpa ada halangan besar. Tapi, pasti punya titisan mutiara yang halus meyinggah. Entah kenapa, dia jadi haru. 

Ada waktu dia penat. Letih dengan apa yang dah sudah. Tapi selalu dia mengingat, yang Dia sentiasa ada. Ada dalam tiap ketika. Selalu. Dan kalau mahu tahu, dalam banyak sifat Allah, dia paling suka As-sami', maha mendengar. Bukan apa, dia lebih selesa meluah pada Dia, bukan pada manusia yang mungkin ada yang tidak boleh dipercaya. Dia selesa. Bila dia senyap, gundah. Hati tetap meluahkan, dan cuma mendengar, hanya Dia;Allah. Walau beribu patah, Dia tak pernah tinggal sepatah untuk mendengar kerna Dia sentiasa ada :')

Itu kisah dia untuk hari ini. Berlalu pulang, memeluk tubuh dalam gelap malam. Sejuk ditemani titisan hujan, yang seakan mengerti gelodak hatinya. 

Dia perempuan biasa, masih mentah dalam meniti alam. Doakan dia diberi kekuatan untuk tsabat, juga kuat hadap mehnah kehidupan ya ?


Yang benar,
D i a.

____

p/s : Allah tak akan bebankan hambaNya, dgn sesuatu yang hambanya tidak mampu. Ingat itu. Ini ayat cinta Dia, cari ya [Al-Baqarah:286].




Nota 04022013.
yang lama, berlalu pergi.
sayonara jahiliyyah.

No comments:

Post a Comment