Apr 9, 2013

We're the muslim of the world.

Lagu ini best. 

Malam haritu, ada buat show gabungan kelas. Khusus untuk program 'Srikandi Mukhtar' da'wah tahun 2. Salah satu program yang tak akan dilupakan sebab.. sebab ? Sebab untuk sekian kali, berdiri atas pentas memakai jubah hitam, bertudung putih juga bermafla palestine yang terlilit kemas dileher dan menyanyi. Ehhe. Nice moments. Hmm ingat lagi dulu, last macam ni. Time form 5, pertandingan nasyid antara firqah. Lama sangat tinggal. 

Sengih.

Entah kenapa. Sangat suka lagu ini. Membangkitkan semangat. Erm cuba anda lihat bait-bait patah lirik dia sambil dengar lagu ini. You will hear different languages such as english, arabic, german and turkey, if i'm not mistaken. 



We all denounce terrorism
We stand against it in deed and word
This is our belief, our unwavering ideal
And we are the Muslims of the world
الاعتدال طريقنا
نبذ التطرف دائما قولا فعلا و اعتقاد
هذا هو الدرب, في الشرق و الغرب
و نحن المسلمون نحن الآمال
And we are the Muslims of the world
Our voices must be heard our voices speak the truth
People of the world let's stop all abuse



Nice kan ? They represent the Muslims to express their clarification in the world. Love this song. Cukup mengingatkan diri tentang permasalahan saudara-saudara kita di sana.

Apa khabar Palestine dan Syria ? Juga, tempat lain. Saat ini, cuma doa mampu aku hulur. Bertabahlah wahai saudara-saudara ku ! Masa itu akan tiba, islam pasti akan menang. Allah akan memihak pada mereka yang benar.

Memang kerap kali,  fikir dalam benak hati. Apa sumbangan yang aku hulurkan pada mereka. Tiap kali melihat hidangan gambar berkenaan kesyahidan mereka disana, air mata pasti tumpah. Laju. Dan, aku pasti. Hati-hati mereka yang masih bertahan di tanah palestine sana pasti sentiasa berbunga-bunga, senyuman pasti terukir kerna mereka menunggu masa untuk dipanggil, bila-bila masa sahaja menuju syurga. Mereka juga senang, kerna sudah menghantar sebahagian keluarga ke syurga.  Sedang kita disini ? Masih terpinga-pinga dengan permasalahan yang ada di negara sendiri. 

Allah, rahmati kami di sini.
Isu ghazwul fikri.
Isu PRU13.
Isu moral.

Kesemuanya. Mohon di permudahkan, mohon di pulihkan.

--

Teringat ini, kata seorang kakak;

Umat islam kena bersatu. Cari persamaan pada manusia, Satu titik untuk bekerjasama demi kebaikkan. Yang kurang kita perbaiki. Tukar persepsi. We have to be united. Dan, mulakan perpaduan dengan perpaduan akidah.

Dan, agak bila ye aku dapat melihat ini ?
Moga-moga, satu hari nanti ?

Senyum.


p/s : banyak kaler tepi jalan. berpinar mata. moga, yang terbaik buat negara kita. 

Islam didahulukan yaww !







Last, kami.
Senyum.



09042013
Rumah manis, Selangor

No comments:

Post a Comment