Jul 7, 2013

Kisah jerebu dan hujan.


8 Julai 2013.

Luar hujan. Lebat.

Ada perempuan ini dia senyum, senyum dalam syukur.
Hujan rahmat meyinggah setelah lama tak kunjung tiba.

" Allahumma Soyyiban Nafi'an...Thanks Allah " bisik dia perlahan.

Senyum.

--

Teringat ujian Allah pada kita bulan lepas; Jerebu.

Jerebu yang menjadikan manusia ni lebih menghargai hujan. Ibrah jerebu ini terlalu banyak. Berhari-hari Allah tahan langit untuk tidak mengeluarkan mutiara jernih, berhari-hari manusia terpinga-pinga mencari solusi, berhari-hari manusia meminta, berdoa kepada Allah supaya diturunkan hujan. Semua itu berhari-hari. Dan, solusinya itu semua datang dari Allah. 

Aku dan sahabat turut sama terkena tempias di Nilai. Saja Allah nak uji kami yang ketika itu sedang berperang di medan final exam. Sungguh lah, dalam tempoh itu badan terasa tidak enak, kerongkong pedih memerlukan air. Dalam dewan exam pun turut ada jerebu. Peh, ini tarbiyah betul dari Allah. 3 hari juga pakai topeng ninja ni, eh mask jerebu la hee. Berulang alik dari kampus ke kolej. Berprogram dikala jerebu.

" Sal naik apa datang ? "
" Motor laaa."
" Eh kan jerebu, nahh amek ana punya mask."
" Eh takpayah la farah."
" Amek jelaa. "

" Macam malu pulak nak pakai hee."
" Nak malu ke, nak sakit ? "
" Glurpp, hee ok sal pakai. Thanks farah."

Dan akhirnya selepas Allah beri rasa sabar yang menebal, Allah datangkan hujan beberapa hari kemudian. Syukur yang amat. Hati girang. " Ya Allah, hujan turun...tengok luarrrr ! " Senyum dan syukur. " Eh baju kat ampaian angkattt ! "

Terima kasih Allah, 
Kau beri manis selepas pahit. 
Kau ajarkan rasa sabar dan syukur dalam jiwa-jiwa manusia.
Kau beri semua ini tanda sayang kau pada kami, kan ?

Benar lah, Allah itu sumber pertolongan. :')

Rabb,
Ingatkan kami tika alpa.
Tegur kami tika leka.
Jadikan kami insan rabbani pencinta syurga.
Mekarkan hati-hati kami dengan cinta Mu sahaja.

Pesan pada kami sentiasa ya tentang manis-manis di jalanMu ?
(Kena selalu hempuk atau tukul kepala ni biar selalu sedo heh)

Terima kasih jerebu. Terima kasih hujan. Terima kasih Allah.

________

Hidup ini penuh ibrah.
Simpan ibrah banyak-banyak, nanti cerita kat anak cucu cicit ya ? Eheh.


08072013
12:15 PM

Home sweet home
Sehari lagi: Pesta Ramadhan


No comments:

Post a Comment