Jan 19, 2014

Ar Rasul Qudwatuna.

Assalamualaikum.

Kanvas putih terbiar lama. Berhabuk.

Alhamdulillah. Semester 5 berlalu pantas. Cerita-cerita belakang yang memberi 1001 pengalaman. Semoga Allah berkati hari-hari yang lepas. Pastinya rindu. Dan, untuk bercerita keseluruhannya, terlalu panjang. Berpuluh halaman pula nanti heh. Apa pun, hari ini lebih berselera nak cerita tentang Ceramah Maulidur Rasul malam tadi di surau berdekatan rumah.

--

Al kisah, terlambat datang ke surau. Petang, hantar si bongsu pulang ke asrama. Naik form 2 adik sorang ni, katanya baru hafal sampai juz 26. Sedih sebab sikit dan hari ini tasmik 5 muka surat. Itu lah karenah si bongsu ni, buat muka monyok sambil lambai lambai nak balik. Macam-macam si penyeri rumah ni. He he.

Berbalik pada cerita, macam biasa bila ada ceramah sebegini, surau tak pernah sunyi daripada hambaNya. Aku datang, duduk tengah, sekeliling ada yang muda dan berumur. Antara kalam dari penceramah yang paling tersentak bagi aku;


" Kita selalu bicara tentang, Ar Rasul itu tauladan sepanjang zaman lagi masa berarak haritu, punya banyak kain rentang/sepanduk bicara tentang qudwahnya. Tapi, kita tanya diri balik..adakah kita benar megikut qudwah nabi Muhammad S.A.W ?"

Hati nanges.

Ayat tu, terngiang-ngiang sampai sekarang. Malu. Sebak. Malam tu, ustaz kupas tentang sunnah dan akhlak Ar Rasul. Antara sunnah yang ustaz cerita adalah, bersugi dan makan kunyah 40 kali. Akhlaknya pula, tentang sabar dan banyak lagi. Antara contoh yang kita biasa dengar, tentang sabarnya nabi melayan dan menyuap wanita yahudi yang buta. Tahukan kisah tu? Sehingga la kewafatan baginda. Abu Bakar yang kita sedia tahu sering kali mahu mengikut qudwah nabi, menggantikan tempat baginda tapi si yahudi itu tak mahu sebab Abu Bakar itu bukan nabi dan mengetahui hakikat itu si yahudi menyesal dan kemudian beriman. 

Ini antara cerita yang pernah juga kak uzma cerita dalan bulatan gembira. Kisah nabi di Taif kena baling batu sehingga kasutnya bunyi percikkan darah. Sakit tapi tidak mengenal rasa lelah. Itu lah Ar Rasul, qudwahnya yang sentiasa menghidupkan hati-hati manusia. Akhlaknya juga ibarat Al Quran. Indah. 

Final exam haritu, dalam madah da'wah tatbiqi. Juga media society, banyak yang boleh dikaitkan dengan Ar Rasul kita. Antaranya, media ini bukan bermula dari zaman kita. Tapi, sejak dulu lagi. Nabi Adam lagi, media disampaikan bil lisan sehingga ke zaman kita, bil lisan dan hal. Media cetak dan elektronik, tapi mengikut juga kepandaian kita untuk gunakannya. Sebarkan da'wah melalui media. Moga tangan yang menulis dan hati yang menyusun kata, boleh hayati dengan baik. Bukan sekadar petah dimedan exam, tapi medan sebenanrnya kalah!

Ustaz ada juga menyebut, yang Ar Rasul ini bukan hanya petah da'wah bil lisan tapi juga bil hal. Qudwah. Ini juga yang diperkata oleh PU Rahmat dalam PU final haritu. Tersentak kot. Yela, zaman sekarang sendiri kita dapat lihat. Sana sini bermadah kata, tapi tak semua orang akan dapat ikut. Jadi, antara sebaik-baik da'wah itu ialah menunjukkan qudwah yang baik. Perilaku yang boleh menyentuh hati naluri manusia. Dan aku, masih mencuba yang terbaik. T.T

"Selain itu, dalam da'wah itu juga. Perlunya mencari sumber-sumber yang sohih. Ustaz masa dekat mesir selalu rujuk kitab. Membaca. Kalau dulu internet ini takde, tak macam zaman sekarang, apa-apa hal google. Itu boleh, tapi kena pandai tapis. Kadang orang yahudi ini pandai, dia ada strategik dengan putar belit cerita dalam blog-blog. Macam itu juga, makan minum, cola cola dan sebagainya."

Aku benarkan. Apa yang aku sendiri belajar. Mereka dah tak main dah, perang bom sana bom sini untuk menghancurkan islam itu. Tapi, mereka guna taktik yang lebih simple tapi kesannya sangat hebat. "Ghazwatul Fikr, serangan pemikiran." Allah takutnya, sedang aku sendiri terkena kadang. Lalai dalam dunia serba canggih. Kelalaian yang hingga meyebabkan anak muda itu sendiri sangat jauh lari dari agama. 

Jadi apa solusi yang boleh dibuat sebenarnya ? Think to ponder.

Tambahan, ustaz ada menegur anak muda. Contoh ketika mendengar majlis ilmu seperti khutbah, jangan lalai bermain hp. Tak ingat pula hadis yang pasal baling anak batu ketika mendengar majlis ilmu tu pada zaman Ar Rasul, ibaratnya bila dikiaskan begitu la, asyik bermain games dan online. Takutnya, amal itu sia-sia. Tak memberi manfaat, yang hanya dapat adalah penat. 

Senyum kelat, sebab pernah buat =.='

Ya Allah, serius banyak sangat nak cerita. Tentang qudwahnya. Belum lagi cerita tentang kewafatanNya. Sedih yang amat. Menangis bila baca buku Bilal bin Rabah. Reaksi para sahabat, abu bakar, umar, isteri-isteri nabi dan bilal itu sendiri. Jadi rindu, sangat. 

"Kita dalam jalan da'wah kena kuat, da'wah itu sendiri bukan jalan yang ditaburi mawar. Ia akan terus berjalan tanpa kita tiap masa ke generasi seterusnya. Bukan kah kita, mahu berjumpa Ar Rasul dan para sahabat disyurga nanti, bertanyakan banyak cerita. Bagaimana mereka boleh pergi sejauh itu dalam menyampaikan risalah? Dan, andai lelah baca kisah-kisah yang memberi semangat, seperti kisah Ar Rasul dan para sahabat."

Teringat sharing momen, jzkk akak. Nanti pasti rindu dengan untaian kata dari akak-akak :') Itu lah pentingnya sahabat sekeliling, memberi motivasi dan peringatan yang bermanfaat. Thanks Allah, untuk semua ini. Terlalu banyak nikmat yang diberi, semoga aku tidak lalai dan terlalu selesa dengan semua ini.

Semoga qudwah baginda, bukan sekadar aku menaip dilaman muka buku, instagram, twitter dan juga sini. 
Bahkan, meresap dalam jiwa dan dizahirkan melalui tindakan!

Rabbuna yussahhil. 

p/s: #np kasih padaMu - Hafiz Hamidun.


[Al-Ahzab:21]
20012014 @ Klang Selangor

No comments:

Post a Comment