Jan 29, 2014

Kita dan Dia.

Ada waktu, manusia itu akan melalui ranjau-ranjau berduri dalam hidup mereka. Sesak dada, memikir. Tercari-cari diri. Rasa mahu menangis, tapi tersekat, cuma dikerongkong. Hanya keluhan, mampu keluar. Perit, hanya Allah mengerti. 

"Aku tak kuat."

"Tapi aku kena jadi kuat. Allah turunkan ujian bukan saja-saja."

"Dia mahu kau jadi lebih kuat. Jadi tough. Faham?"



Bertalu-talu persoalan menerjah benak hati. Itu lah sisi hidup manusia, kadang terbahagi pada dua. Mencari diri. Mana satu yang mahu diikuti. Antara jalan kanan, atau kiri. Masih ditengah, berkira-kira tentang sosok diri.

Lalu, kita berfikir. Untuk lalui jalan ini, tidak boleh bejalan sendiri. Kau ada Dia. Minta lah pada Dia. Lalu, kita mengasingkan diri. Mengabdikan diri. Menghamparkan sejadah. Memakai telekung putih bebunga kecil. Terus, melepaskan rindu dalam kalam-kalam cintaNya. Tunduk, lama disujud terakhir. Minta untuk diperkuatkan.

Kita mengadu padaNya, semahunya. Hiba. Dari sekecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang lalu diungkit kita. Malu, tapi malu itu diletak tepi. Kerana, cuma Dia sahaja yang mengerti diri kita. Siapa lagi yang mahu mendengar, cuma Dia. 

Tafsir quran kita ambil, kita lagukan, tadabbur. Bila ada satu ayat yang persis dalam keadaan kita, terkena pada hati. Kita terkesan. Bercucuran air mata menitis, laju. Kita kesat, tapi ia tetap tidak berhenti. Biar, luahkan semahunya pada Dia. Mencari ketenangan, dengan iman yang ada. 

Bila bermonolog sendiri, kita terfikir. Atas apa jua masalah menerjah diri. Kita lah yang akan menguatkan diri kita sendiri. Bukan orang lain. Kita lah yang akan kuat dan hebat, bukan yang lekas tumbang. Kita lah penentu pada kehidupan, didunia ini. Sama ada baik atau buruk diakhirat nanti. 

Cuma itu lah, masalah itu tidak akan lekas siap andai kita cuma pandai bermadah kata, tapi tindakkannya tiada. Andai begitu, bagaimana Tuhan mahu lekas makbulkan doamu, jika tiada usaha mahu berubah ? Tenang, diri. Cari solusi yang terbaik, buat diri. Yang kamu senangi, selesa. Bukan melihat pada kaca mata manusia, tapi pada kaca mata rabbi.

Dan, kita perlu ingat. Dalam hal-hal yang membentakkan hati. Yang meyembuhkan, hanya Dia. Berpeganglah bahawa, Dia sentiasa disisi. Tidak kira, waktu. Sentiasa, ada.

Wahai hati-hati, 
tenang lah disisi rabbMu.




29012014
1044pm

Dibawah langit penuh cinta.
Masih, mencari diri.

No comments:

Post a Comment