Sep 25, 2015

Potensi?

Bismillah.

Hari kedua cuti eid adha, dan serasa badan saya semakin ok dari sebelumnya. 3 hari berbengkel yang penuh pressure (mungkin), tapi berakhir dengan manis iA. Seperti biasa, diri seorang saya memang mudah bosan jika lama lama dirumah, tak berbuat apa apa.  Jadi, sore tadi, saya membelek buku The Side Of The Coin, tulisan aiman azlan dan juga ameen misran untuk memenuhi ruang waktu senggang saya.

Saya tidak banyak menyimpan buku berbahasa inggeris, tapi yang ini memikat hati saya dengan bahasa yang mudah untuk difahami. Untuk bacaan, saya menyelak halaman random dan 'Your Untapped Potential' menjadi pilihan saya. Untuk halaman random ini, saya jadi teringat akan kalimah taujihat usrah minggu lalu bersama mak cik sarimah, berkenaan mencari kelebihan diri untuk disumbangkan pada masyarakat. Sama dengan halaman yang saya baca ini. 

Aiman azlan, berkongsi yang mana setiap manusia itu Allah jadikan penuh dengan kelebihan dan tiap manusia boleh meyumbang pada masyarakat dan dunia. Tapi dengan syarat, kita kena memastikan apa potensi dan kelebihan yang kita ada, yang boleh kita sumbangkan.

"I believe the potential is there, but like precious gold, it is buried deep. 
The thing about gold is that it doesn't just lie around on the surface. You have to go look for it. You have to dig and you have to dig deep. 
In the quest to find your potential, you need to take chances. If you see an opportunity, grab it. Who knows, things might work out. If it doesn't, be glad that you at least tried. Honestly, it takes courage to try something new -- to get out of your comfort zone....." - Aiman Azlan; page 97.

Saya begitu tertarik dengan ayat ayat yang dilontarkan, serasa memberi booster buat diri yang acap kali turun naik semangat.

Untuk kalimah taujihat yang diceritakan mak cik sarimah pula, ia berkenaan dengan kisah sahabat ar rasul iaitu abdullah ibnu umm maktum. Secara ringkasnya, beliau adalah seorang yang buta tetapi celik mata hatinya dan diberi kelonggaran untuk berjihad. Akan tetapi beliau bertekad untuk mengikuti jihad bersama ar rasul dan sahabat, dan dengan potensinya, beliau menjadi seorang muazzin dan imam solat bersama bilal ketika di madinah. Walau dalam keadaan buta, tetapi tetap juga ingin menyumbang pada islam.

Dan, satu hari Allah menurunkan ayat-ayat Al-Quran, mengangkat darjat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan darjat mereka yang pergi berperang berbanding dengan mereka yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi perang kerana ingin bersantai-santai. Abdullah sangat sedih mendengar perkhabaran ini. 

Pada tahun ke 14 hijrah, beliau membulatkan tekad untuk mengikuti angkatan perang di parsi sebagai pemegang bendera dan di temui syahid berlumuran darah sambil memegang bendera kaum muslimin. 

Mak cik sarimah mengangkat kisah tokoh ini sebagai satu pengajaran buat kami untuk kami mencari apa potensi dan kelebihan yang kami ada, yang boleh disumbang buat islam. Tak menjadikan alasan tak mampu, untuk tidak merasa untuk meyumbang. Jika Abdullah yang buta boleh memberi, apatah lagi kami yang sempurna anggotanya.

Kisah dan bacaan dua ini, benar benar buat saya termenung jauh. Berfikir.

Apakah potensi saya yang sebenarnya ya?

Mungkin saya kena move forward dalam fasa proses cari gali apa yang saya minat; media (mungkin)? Cuma perlu diasah lagi.

"You have to go out your shell and find that untapped potential - find the gold. Who knows, you might surprise yourself with what tou might find. Our task is not to see if there is gold or not. Our task is to find it, believing that is there - waiting to be discovered." - page 98.
--

When i am outside of my comfort zone, i usually feel nervous. Sebenarnya ia normal bukan? Untuk kita lebih berhati hati tapi perlu pandai untuk tangani. Dan, teringat perhimpunan yang lepas, apa yang perlu diterapkan dalam diri tiap daie itu adalah, menjadi seorang daie itu perlunya inklusif, memimpin, massa, dicontohi dan aktif.

Ah, memikirkannya sedikit berdebar. Bolehkah diri seorang saya yang terkadang introvert dan extrovert ini? Heh. =.='

Pencarian potensi seorang saya. Saya mencuba dan moga Allah mudahkan. Doakan!


25092015
BK, Selangor

No comments:

Post a Comment