lately, entah. cakap terlebih, baru nak merefleksi apa yang diri buat itu salah. perasaan sendiri atau tidak, yang sendiri rasa itu tak berasa nyaman dihati. sampai-sampai saya rasa baik saya berdiam diri, mungkin?
terkadang berfikir, situasi atau keadaan yang sekarang ke menyumbang diri menjadi sebegitu rupa? terlalu banyak melontar ketidakpuasan hati, sebel hati dan yang dah pasti, menyumbang kepada penyakit hati. harhar. but i guess, itu semua berbalik pada diri. bagaiman hubungan pada yang satu, lalu melorongkan jalan hati pada hal hal yang tidak baik. so indeed, i need to change.
i want to be better.
i want to be better.
i want to be better.
biasalah, bila melalui fasa ketidak nyaman hati ini selalu mengingatkan dan merindukan saya pada waktu waktu dulu, seorang salsa yang positif. tidak mudah down. dan, yang pasti akan bangkit semula.
"I was afraid of my own thoughts and others thoughts."
ya, 80% atas sebab diatas mungkin, kata-kata dan pandangan sendiri dan orang sekeliling menjadi asbab kemenjadian diri saya yang sekarang. haa, saya tahu sepatutnya saya tak perlu memikirkan hal hal remeh ini sangat kan. life isnt about pleasing everyone. be happy, be who you want to be. yakin diri. dan, yang paling betul hidup ini nak please the creator, Allah.
"Sometimes you just need to slow down, remain calm, breathe, and simply let life happen."
nah, jadi detik ini saya cuba cuba cuba untuk mendidik diri untuk lebih berhati-hati dalam menguruskan hal hati. Tidak overthingking, relaks, tidak cepat melabel sesuatu tanpa usul periksa, positif dan seterusnya biarlah saya bermonolog sendiri didalam hati. lol. moganya bila saya meluahkan sesuatu, itu bukan bermakna saya mengeluh tetapi saya mahu seseorang mendengar dan hati saya menjadi lega. hiks. dan, lebih memperbaiki hubungan dengan Dia, yang maha mendengar. biarlah lanjutan patah kata antara saya dan Dia. lebih banyak ruang bercerita, jujur dan bebas.
oh ya, saya nak add sikit lagi.
to myself; sometimes you need to stop being scared and just go for it. tahu tak, yang Allah dah merencanakan sesuatu yang baik buat kamu, cuma waktunya belum tiba. Dia mahu kau belajar, kutip mutiara hikmah disepanjang perjalanan kehidupan dunia ini. jadi stay positife. inshaAllah beautiful things await. ok, senyum sikit!
oh ya, saya nak add sikit lagi.
to myself; sometimes you need to stop being scared and just go for it. tahu tak, yang Allah dah merencanakan sesuatu yang baik buat kamu, cuma waktunya belum tiba. Dia mahu kau belajar, kutip mutiara hikmah disepanjang perjalanan kehidupan dunia ini. jadi stay positife. inshaAllah beautiful things await. ok, senyum sikit!
Allah, didik aku mana yang tersalah.
saksikanlah, aku sedang bangkit dan bangun semula.
maaf akan khilaf khilaf yang lalu.
--
300816
shah alam

No comments:
Post a Comment