Aug 11, 2018

ogos 2018; setelah sekian lama.

bismillah.

harini memilih untuk menulis selepas sekian lama tidak mengemaskini blog ini. entah kenapa tiba-tiba teringat akan blog yang satu ini, tempat luahan waktu muda-muda dahulu (macam tua sangat je dah lul). kesibukkan akan hal kerja dan peribadi selalu membantutkan niat. lebih selesa meluahkan isi hati sendiri di twitter. itu pun sebentar; post dan selepas beberapa hari delete semula. sejenis yang agak privasi sejak dua menjak ini kununnya. 

asalnya harini, dipanggil untuk kerja lebih masa. tetapi tidak mengizinkan untuk pergi. lalu diluangkan dengan hal hal memunggah isi youtube berkenaan tazkirah buat hati dari dr danial. tajuk yang dibawa iaitu kelebihan surah al baqarah.

"... jangan jadikan rumah kalian seperti kubur sunyi tanpa bacaan ayat suci al quran."
"... sesungguhnya rumah yang dibacanya surah al baqarah tidak akan dimasuki syaitan."

dr menerangkan serba sedikit berkenaan surah ini. jika tidak dapat membaca keseluruhan ayat, cuba untuk baca 10 ayat surah al baqarah iaitu (4 ayat terawal, ayat kursi.. disusuli 2 ayat selepas ayat kursi dan 3 ayat terakhir surah al baqarah) total 10. dan, mathurat yang mana ia adalah himpunan zikir. banyak fadhilatnya. pendinding buat diri. minggu lepas waktu hadir ke daurah ustaz hazri, ustaz pun ada beri task untuk study lebih berkenaan 2 ayat akhir surah al baqarah. banyak kali attach dengan surah ini. "Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupanya....." T.T macam tahu-tahu situasi yang dialami.

such a good reminder untuk saya yang banyak terleka. lately, masa berdua dengan Allah agak sedikit. terasa goyah. hati pun rasa tidak tenang. itulah yang dinamakan manusia, mudah lupa. jadi untuk hari ini, syukor. sesi muhasabah yang semoga membawa sedikit perubahan. cuba untuk tidak meminta diwaktu susah sahaja, bahkan disaat senang juga tersangat perlu untuk meminta. 

untuk struggle hari-hari yang dilalui, agak suka untuk membaca doa ini. 
".. allahhumma a'inni 'ala zikrika wa syukrika, wa busni 'ibadaatik."

sesulit mana ujian yang Allah beri; semoga dibantu untuk terus mengingati Dia, mensyukuri nikmat yang diberi dan beribadat kepadaNya. terkadang letih, semangat pudar, senyuman hilang. tapi, tetap sabar. apa ujian yang datang pasti Allah ganjarkan. banyak, tanpa kita sedar. :') percaya.


--
august already, time flies.


No comments:

Post a Comment