5 Ramadhan 1434 H.
Selimut membaluti tubuh. Sejuk. Untuk ramadhan kali ini, Allah limpahkan titisan hujan atas bumi selangor ini. Mencurah-curah. Sama ada lemak semakin berkurang atau cuaca terlalu sejuk, aku pun keliru heh. Apa pun, alhamdulillah, rabb. Kau kuatkan mereka yang lelah. Kau bantu mereka yang memerlukan. Maka nikmat manakah yang kamu dustakan ?
5 hari sudah berlalu.
Bagaimana ramadhan kamu untuk 5 hari ini ?
Tilawah kamu.
Dhuha kamu.
Terawih kamu.
Qiam kamu.
Senang kata, mutabaah amal kamu.
Moga semakin osem hari demi hari.
Ini khusus, buat diri. Pang.
--
Momen ramadhan, yang lima ini.
Big thanks to Allah. Banyak, terlalu banyak untuk hari yang lima ini. Belum lagi berbaki 25 hari lagi. Ternanti-nanti, ibrah baru buat diri.
Yang satu,
Doa, doa itu wireless sebab anytime, anywhere kita boleh berdoa dan meminta pada Allah. Coveragenya juga ada dimana-mana, tak terbatas. Talian apatah lagi, tidak pernah sibuk walau sekali. Dah tu, dapat juga top up pahala. Untungkan doa ? Maka berdoalah sahabat, walau jua dimana kamu berada sebab Allah sentiasa mendengar tiap aduan hambaNya, walau dimana jua kamu berada.
Meminta doa untuk dikabulkan, itu harapan semua hambaNya. Termasuk juga aku. Dan, aku akui kekuatan dan kemustajaban doa dibulan barakah ini seperti magic. Apa orang kata, the power of doa is like a magic. Comel kan ? Magic yang sampai mutiara putih meluncur laju dipipi. Betu lah, kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Kun Fayakun.
Terima kasih Rabb, temukan aku dengan orang-orang soleh :')
Yang dua,
Ibu, sosok yang luar biasa. Ramadhan ini, aku kagum banyak dengan ibuku. Wanita gagah, osem lagi bergaya heh. Seorang yang tampak biasa, berkerudung labuh. Bercermin mata. Kadang aku lihat jauh, tenung lama. Semakin berusia ibuku ini. Apa usaha aku membantu ibu sebagai anak ? Macam kosong, tidak punya.
Ibuku ini, seorang yang gagah tanpa teman disisi. Aku kagum lama. Hm bila cuti, aku cuba manfaatkan masa dengan ibuku ini. Berceloteh memanjang. Bergelak ketawa. Aku harap, itu salah satu cara buat ibuku gembira. Ibuku selalu lekas bangun untuk menyediakan makanan sahur. Aku juga bantu mana yang mampu. Tak pernah merungut, bahkan selalu beri yang terbaik buat anak-anak. Ini selalu buat kelopak mata aku bergenang dalam diam.
" Selalulah baca Al-Quran. Nak dapat syafaat nabi, kena baca Al-Quran."
" Jangan jadi kosong, macam lagu najwa latif tu. Sebab kosong tu, tak bermanfaat."
" Gemarkan pergi majlis ilmu. Jangan pula jadi orang yang menghalang majlis ilmu, celakalah nanti."
" Majlis ilmu ni, ibaratnya seperti raudhah jannah. Taman-taman syurga."
(Mak, 2013)
" Mak, terima kasih sebab sanggup beli minyak motor bila motor ila kehabisan minyak. Terima kasih sebab masak sedap-sedap. Terima kasih sebab selalu ingatkan ila supaya buat amal soleh yang banyak. Baca Al-Quran, qiam, hadiri majlis ilmu. Moga ramadhan kali ini kita boleh kaut pahala sama-sama ya. Terima kasih selalu doakan ila. Terima kasih untuk semua yang terlalu banyak. Maaf banyak susahkan mak ya."
Ada tisu tak ?
Aku harap, satu hari nanti aku boleh jadi sosok yang seperti ini. Tebar kasih sayang dan cinta buat anak-anak. Mentarbiyah mengikut syariat islam. Moga, satu hari nanti. InshaAllah.
Yang tiga,
Pernah tak rasa, sangat malas untuk pergi ke mana-mana program ? Malas tahap giga, tapi cuba juga untuk gagahkan diri untuk pergi. Dan, tahu tak..sebenarnya, Allah lah yang memegang hati manusia juga menjentik atau mengetuk hati itu.
" Semoga Allah tetapkan iman adik ya." Dia meyentuh bahu lalu tersenyum.
" Nanti kalau jumpa lagi, tergurlah mak cik ya." kata mak cik geng tadarus.
" Jangan letak limit pada Al-Quran. Andai sudah habis satu juzu, teruskan ke peringkat yang lain."
" Antara nikmat yang Allah beri ialah, nikmat mengingatinya ketika berzikir. Berzikir lah dengan nama tuhanmu." - Ustazah Hafizah Musa ini.
(4Ramadhan@Masjid Shah Alam)
Siapa lagi yang mahu mengerakkan hati juga fizikal kita, kalau bukan kita ? Bergeraklah menuju Dia !
Terima kasih Rabb, gerakkan hati ini.
Terima kasih.
Yang empat,
Everybody has a past,
Everybody lives a present,
And everybody deserves a future.
- Anthem.
Thanks hlovate. Anthem, banyak benda buka mata hati. Terpukul.
Berdiri atas tiket seorang manusia. Tidak akan pernah rasa, dia lah yang paling sempurna. Sosok manusia itu, hatta pangkat darjat itu membezakan tapi disisi Tuhan itu, taqwa yang membezakan. Tiap manusia itu ada corak masing-masing yang Allah warnakan. Tak semua putih melepak, pasti akan ada hitam yang kelam. Jalan cerita kehidupan, sama ada gembira atau sebaliknya. Allah beri pasti ada hikmah. Dan heyy, awak tak boleh judge manusia pakai suka hati makbapak awak tau. Jangan jadi judgemental. Kadang, corak perubahan manusia itu berlainan. Dan, iman itu ditunjukkan bukan dari segi luaran, tapi amalan.
Jangan pernah judge masa lampau orang lain. Takut nanti, masa lampaunya adalah masa hadapan kita.
Jangan merasa mulia jika baju kita putih, kalau tak pernah hulur tangan pada mereka yang bergelumang lumpur.
Manusia, sila jangan jadi penghukum.
Dzatiyah - Mujahadah - Istiqamah.
Tengok je 3 ayat atas. Dah rasa kena panggg. Pehh, taip dan cakap itu senang. Amalnya ? Sangat susah. Tapi, cakap pada diri, yang Allah pandang itu usaha tau, bukan natijah.
Let's make a change. Litte by little. Sayonara Mr J.
Aku juga mahu jadi adamantium.
'Sal'admantium.
--
Cukup untuk momen empat ini dahulu.
Menunggu 25 hari mendatang.
Fitrah manusia itu gemarkan kebaikkan.
Moga fitrah kita selalu dipandu untuk menggemari kebaikkan.
Ala, macam semut gemar gulaaa. Nak macam tu juga ! Manessnyaaaa.
Ini kisah untuk 5 hari ramadhan. Ibrah bila-bila masa Allah akan beri. Hatta, bagaimana kita bernafas, itu juga satu ibrah. Kira, Allah letak kita kat dunia bukan sesajaa. Abid dan khalifah itu tujuannya. Jadi, meh laa kita manfaatkan diri untuk perkara-perkara bermanfaat. Rugi andai kamu merugikan diri kamu sendiri.
Dan, ini bukan post untuk tujuan 'yopos'. Sekadar ingatan buat diri. Yang mana, gunakan medium apa jua yang kamu ada untuk kamu cerita apa ibrah yang kamu peroleh tiap masa. Moga bermanfaat.
Apa ibrah ramadhan yang kamu peroleh hari ini ?
Menulis untuk mengingatkan diri.
Salam ramadhan esok hari, 6 Ramadhan !
Moga Allah kira amal-amal kita.
No comments:
Post a Comment