Traffic light merah.
" Mak tengok tu mak, burung gagak tu minum."
" Haah la."
--
Ingat lagi tak kisah burung gagak dan sebuah kendi ?
Kisah yang popular ketika zaman sekolah rendah dahulu. Cikgu dulu pun sering bercerita tentang kisah ini. Kisah yang mana ada seekor burung gagak ini kehausan, lalu dia menemukan sebuah kendi tapi apakan daya, kendi tersebut merupakan sebuah kendi yang sempit. Lalu sang gagak ni menemukan idea dengan mencari kerikil batu ke dalam kendi sehingga lah air didalam kendi itu naik.
Kiranya, moral of the story ialah kita sebagai manusia sentiasa perlu berfikir, mencari solusi atau jalan keluar dalam setiap ujian yang kita hadapi, jangan sekadar redha. Berusaha sehabis daya, Allah sendiri kata yang Dia tak akan bebankan hambanya dengan sesuatu yang mereka sendiri tak tertanggungkan ? See. Allah sayang kita. Tiap ujian pasti terselit hikmah.
--
Dan, nak dijadikan cerita. Bila pandang sang gagak ni, teringat juga kisah burung pipit pada zaman Nabi Ibrahim. Kisah yang mana, Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim. Ada la seekor pipit ni dia berulang-alik daripada kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim dibakar dengan membawa air kolam tadi didalam paruh kecilnya.
Kalau secara logiknya, err sangat mustahil kan kebakaran tu dapat dipadam ?
Kenapa eh pipit tu sanggup buat macam tu ? Apa kata pipit, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas tu. Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawab & tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi.
Dan moral value yang boleh kita ambil, sebagai seorang muslim, apa usaha kita dalam menegakkan syiar islam ? Sekadar berpeluk tubuh dan melihat dari jauh ? Hm. Dan, ini sangat mengingatkan aku tentang saudara-saudara kita yang sedang menempuhi medan perang yang sebenar; Palestine, Syria, Mesir.
Tipulah kalau aku kata aku okey. Tak punya rasa apa-apa. Bahkan, menitik tiap kali melihat bertapa murahnya darah muslim ini. Berderau darah mendengar kata-kata Mursi, Allah Ghayatuna ! Hanya doa mampu aku hulur, meski dalam bahasa melayu. Moga sampai pada Dia. Teruskan berdoa buat mereka, walau kecil usaha kita, tapi percaya Allah pandang usaha bukan natijahnya. Macam burung pipit tadi kan ? Dan, usaha yang kecil namun dikerjakan secara berterusan itu lebih baik daripada usaha besar namun dikerjakan sekali sekala. Bagaimana pun, ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa.
Moga saudara-saudara kita disana dapat jalani ramadhan dengan baik :')
Hm, malam ini dah start taraweh. Sedia ?
Jom sama-sama kejar pakej ramadhan yang Allah hulur !
Jom juga, penuhkan akaun pahala kita. Moga Allah redha.
Ramadhan kareem !
No comments:
Post a Comment