kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis
kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi
lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis
kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi
lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan
__
p.s: start suka lagu ni bila join program CCC. bila letak tangan atas bahu ke bahu lepas tu nyanyi reramai. sweet. then, hafal. hadam balik lirik, tersentap banyak. jangan biar ada noda dihati, nanti lemah minda. nanti Allah tak redha dan nanti pasti karam dalam lautan dunia. Allahu ! Nauzubillah. Mohon dijauhkan.
Teringat pula post, pelajar muslim vs muslim yg belajar bila kait dengan kembara ilmu ni. next post cerita balik. inshaAllah. K see ya next post ! ilalliqa', moga Allah redha.
#np kembara ilmu by suhaimi
16 Ramadhan@Klang
No comments:
Post a Comment