Jul 29, 2013

Muslim yang belajar atau pelajar muslim ? err.

Tidak cukup menjadi seorang muslim 
kita mesti menjadi muslim yang beriman.
Tidak cukup beriman sahaja
namun kita kena beriman dengan ilmu itu.
Tidak cukup juga beriman dengan ilmu
namun mesti beramal dengan ilmu itu.
Tidak cukup kita beramal  
kita mesti ikhlas dalam amalan.



--


ikhlas ? ye ikhlas.




lokasi : FEM, USIM/ELSP 1. 




ingat lagi semalam. usai, bulatan gembira hampir ke penghujung. aku ade bertanya satu soalan.

" Akak, macam mana kite nak manage masa kite dengan betul antara belajar dan amal ibadah."

Kak salwa mencelah.. " cara nak istiqamah..? " aku benarkan, " yup ! "

memang lah aku akui, satu tahap nanti akan ada wayar-wayar dalam badan dan otak kita akan longgar atau senang kata akan tercabut suis nya -.- bila kita terlalu depressed. Alhamdulillah, untuk sem 2 ni tahap kewarasan itu still boleh di kawal. muhehe. :P enshaAllah.


Kak Nusaibah pula kata. " Apa pandangan sal tentang muslim yang belajar dengan pelajar muslim ? "

time tu rase macam dah berpeluh-peluh. apa ek ? tercari-cari maksud tu. punya la berbelit-belit aku terangkan. hemm.

" erm, muslim yang belajar ? ermm, bagi saya muslim yang belajar adalah muslim yang belajar untuk dapatkan redha Allah. bagi dia, tiap apa yang di belajar tu satu ibadah. pastu, pelajar muslim. pelajar yang belajar sebab exam. erk ? -.-' ye ke ? "

punya lah cuak sebab takut salah. tapi takpe, sekurang kurangnya mencuba. last-last aku cakap. " Ala akak terangkan jela. huhu *maluu* "

Kak Nusaibah terangkan.  Muslim yang belajar ni, adalah muslim yang melakukan ibadah lain mcm solat and etc la dan study itu juga sebahagian daripadanya. kire ibadah la study tu. mementing islam dalam kehidupannya. priority pada islam first, then belajar. Pelajar muslim pula, nama sahaja islam dalam ic, tapi apa sebab dia belajar, mungkin semata untuk exam ? ( ubah sikit-sikit. tak berapa ingat kata-kata kak nusaibah, huu )

jadinya, kita mahu jadi muslim yang belajar atau pelajar muslim ?

Kak Salwa bagi situasi. " Contoh time tu tengah study, then tetiba azan. sedangkan, chapter kite nak habis dah ni. so, nak pilih antara solat atau habiskan chapter ? 




see, 
kalau pelajar muslim; mungkin dia akan pilih untuk habiskan chapter. Islam comes second.
kalau muslim yang belajar; dia akan pilih solat, doa bebanyak, solat hajat. then, baru bukak buku. islam comes first.

siapa kata kalau islam comes first, takleh nak score subjek kan kan ? Islam is the way of life. kejayaan kite bergantung pada Dia. bila kite dekat dengan Dia, enshaAllah Dia akan mudahkan jalan-jalan kite kan ? :)


still ingat lagi ayat yang terpahat dalam lubuk hati ni. 
Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah berserta orang yang berbuat baik.( Al-Ankabut 29:69 )

--


hemm, tapi tapi aku pun cuak sebenarnya dengan persoalan tu. Sebab pernah alami situasi yang macam tu.
then, kebarangkalian untuk meninggalkan solat time study sangat mudaaaaaahhh ! err.


jadi, dah ingat kan ? jangan buat lagi k ! heee. enshaAllah. mudahan. *senyumcuak*

dan.

moga-moga kita-kita tergolong dalam Muslim yang belajar. anda mahu ? 
jadi jom sama-sama ! Yey. :P



_______
ni la post yang nak kaitakn dengan kembara ilmu, post sebelum ini. 
mmg mengetuk diri kadang phew.

btw, rindu kak liYa juga akak-akak yang lain.
rindu momen bulatan lama :') sangat.
moga baik-baik disana.

No comments:

Post a Comment