Bismillah.
Untuk rasa-rasa yang ada pada waktu ni. Paling-paling takut, yang selalu keluar dalam benak hati; "Allah akan uji dengan tiap perkara yang kita perkata." Entah kenapa, sejak dua menjak ni, benda ini yang selalu mengusik diri. Yang buat hati sedikit keliru.
Dush.
Rasa tertapis hati. Rasa emo yang-entah-pape, yang langsung tak perlu difikir. Jadi malu bila teringat saudara-saudara nun di syria, palestin dan mesir. Kuatlah, kuatlah dan kuatlah!
Untuk hal-hal remeh temeh itu, Aku serah bulat jawapan padaNya. Dia yang memegang hati-hati manusia. Dan Dia lebih mengerti apa yang terbaik buat diri. Allahu rabbi.
Rabb, terima kasih untuk liku-liku ujian yang kau beri. Ada aja aku berfikir, bahagian demi bahagian dalam diri yang kau mahu aku perbaiki. Mungkin, untuk jadi perempuan yang lebih lebih gagah. Sejujurnya, aku juga sedang berusaha. Berusaha dan terus berusaha untuk belajar memaknai kehidupan.
Untuk masa akan datang, moga kau persiapan aku sebaiknya.
Keep calm, sabar, smile and move on!
30032014
Lewat malam, insaf.
No comments:
Post a Comment