Apr 19, 2014

Syukur.

Bismillah.

Alhamdulillah all praises to be Allah for All nikmah that He gave to us. Seriously, nikmat-nikmat yang Dia berikan pada kita dah terlalu banyak. Sangat. Fullstop. Rasa nak bercucuran air mata bila akui, diri sendiri banyak sangat lalai atas apa yang Dia beri.

Nikmat iman islam melihat mendengar merasa bercakap makan suka duka sentuh deria udara oksigen etc etc. Terlalu banyak, sampai rasa kelu. Tak tertaip dilaman ini. Tapi selalu lupa untuk merasa syukur akan perasaan indah memiliki semua ini. Bila baca balik surah Ar Rahman, tadabbur makna. Rasa hinanya aku. 31 ayat- fabiaiyyiala irobbikuma tukazziban kot Allah kata. Syukur lah manusia. Syukur!

Dua minggu kebelakangan ini, minggu yang sangat hectic. Fatrah kesibukan untuk submit assignment proposal presentation. Sampai rasa untuk makan pun rasa membazir waktu dek sibuk menyelesaikan tugasan. Ada satu waktu tu, lewat malam. Duduk termenung menghadap laptop. Aku rasa, aku makin jauh. Aku takut, akan hak-hak disekeliling aku. Hak pada family, DnT, sahabat. Dan, paling buat aku sebak. Hak aku pada Allah. Sibuk-sibuk aku, lidah aku kadang jarang menutur kalam-kalamNya. This time, rasa mintak sangat Allah fix kan hati. Jangan close door for me. Tolong boost balik iman ni. Tak nak pergi jauh sangat. Tak nak. :'(

So, al kisahnya. Bila scroll down timeline fb. Terklik satu blog yang dishare kawan, seriously........rasa, Ya Allah bertuahnya aku. Bertuah sangat dilahirkan dalam keluarga yang berkembang baik dan hampir dengan islam. Ada ibu yang sentiasa mengingatkan aku tentang solat jemaah, tentang al quran, ibrah-ibrah disetiap perkara. Punya adik beradik yang baik. Punya sahabat yang sentiasa mengingatkan diri tentangMu, punya tempat belajar yang biahnya sungguh solehah. Tapi, yang buat aku terkesan adalah..when you see there are no improvement in yourself. Awal hingga sekarang, masih begitu. 

But, this sister. The writer in this blog, wallahi..sangat superb. Rasa macam subhanallah! Benar lah, hidayah Allah itu Dia yang beri. Dia berubah 360. Hebatnya ujian yang Allah beri sampai aku kira level dia sekarang melebihi aku. Cita-citanya, mahu menjadi pendukung islam itu sendiri. Aku juga mahu begitu, bila fikir balik memang dalam hidup manusia ada ups and down in our performance. Tapi, manusia itu sendiri tak boleh nak duduk lama-lama dalam fasa give up, kena ups balik. Kena hammasah semula sebab Allah sendiri bagi chance untuk kita memilih arah mana kita mahu, mestilah yang terbaik akan kita pilih kan? So, dear self. Please, colour and shape your life with happiness and blessing from Him.

Then, bila hari demi hari. Allah nak kejutkan kembali dengan ibrah yang aku kira setakat ini sangat besar dan hebat. Bila melihat, sahabat sekuliah kemalangan. Sepasang suami isteri. Suami cedera ringan but his wife, kak auni sangat kritikal. Dalam hati dah bercucuran rasa, waktu-waktu kami sibuk dengan proposal. Waktu ini Allah nak uji mereka. Rasa sesak, bila ziarah sendiri semalam. Terpancar raut wajah si suami, walau bibir menguntum senyum mata seakan menahan kesedihan yang amat berat. Rabb, Tuhan yang maha agung maha meyembuhkan, berikanlah kesembuhan pada kak auni dan kekuatan pada kedua pasangan ini untuk tempuhi hari-hari mendatang. Bila kita demam pun dah memakan seminggu dua, apatah lagi kemalangan yang menyebabkan kecederaan tulang belakang. Ya Allah....sedih. Sebab itu, bila dah terjadi semua ini. Baru kita reflect akan nikmat-nikmat yang Dia beri. Sangat banyak. Sangat, sampai tak tahu nak balas macam mana.

Buat waktu ini, untuk merasa gembira pun rasa tak sampai hati. Tapi, aku tahu Rabb. Tiapa apa jua ujian yang kau beri semua untuk mendekatkan diri kami padaMu. Tanda kasih sayangMu. Tanda mampu nya kami akan ujian yang kau beri. 

Terima kasih untuk segalanya, Ya Allah!  :')

ps: post panjang. emosi. buat fikir, macam mana pula kesudahan kita nanti? 
Semoga Allah beri yang terbaik.

No comments:

Post a Comment