Apr 26, 2014

Manusia, lain.

Duduk atas bumi Tuhan ini, kalau jumpa manusia yang sentiasa sama jenis, itu mustahil. Pasti, akan jumpa yang bermacam perangai dan sifat. Tapi, sebenarnya itu lah rencah kehidupan. Dengan kelainan itu akan terbit satu perasaan saling melengkapi. Sungguh, indah bukan?


Ada orang,
dia suka update tentang dakwah.

Ada orang,
suka akan puisi.

Ada orang,
gemar sekali melontar pendapat tentang politik.

Ada orang,
suka ambil tahu tentang korea.

Ada juga,
minat gila dengan bola.

Ada juga,
suka mengambil gambar.

Dan untuk kesemua ini,
ia terpulang pada kita.

Sama ada mahu menghormati,
atau mengangkat kaki dan berlalu pergi.

:)

No comments:

Post a Comment