Petang yang hening itu. Usai membeli tiket menuju ke nilai. Aku terus berlari-lari anak ke dalam ktm. Takut ketinggalan. Mata meliar mencari tempat kosong. Aku lebih gemar untuk duduk disebelah tingkap, melihat pemandangan indah ciptaan Tuhan. Pasti kagum dan tersenyum sendiri. Ditangan aku, adalah bawa sedikit buah-buahan untuk sahabat dirumah. Tak ketinggalan juga, buku-buku yang beli di pesta buku, khamis lalu.
Hajat dihati, mahu lena diulit mimpi selepas kepenatan menemani ibu kenduri sana sini. Tapi satu buku ini buat aku terpesona. Cover buku dia pun dah cukup, meyeronokkan!
Pelangi Dakwah, terbitan iman shoppe.
Jadi, aku lebih memilih untuk membaca sehingga la habis separuh dari cerita. Cerita-cerita mereka, serius sangat terkesan. Menghadirkan cita dan inspirasi. Ternyata, setiap manusia ini, jalan menujuNya itu berlainan cara tapi yang pasti sama-sama menuju kearah yang satu, kembali kepada sang pencipta. Sebab itu judulnya pelangi dakwah, kepelbagaian kisah mereka dalam menebarkan dakwah dipelusuk dunia itu ibarat pelangi yang mewarnai, membasahkan jiwa-jiwa manusia lain.
Dan, perlunya ada sambungan akan kisah-kisah ini, agar lebih ramai manusia itu meyakini jalan juang Allah ini, indah!
"Assalamualaikum, awak beli buku ni dekat pesta buku ke."
" Haah, kenapa ye?"
"Ohh, ada potongan harga? Saya part time dekat iman shoppe. Jemput-jemput la datang."
"Ohh yeke. Bestnyaaa."
"Saya....S***** salam perkenalan. Awak?"
"Saya salsabila. Salam perkenalan juga."
Selepas berjabat tangan tanda perkenalan, dia pun keluar menuju ke destinasinya. Kami membawa haluan masing-masing. Begitulah ceritanya, kerana satu buku ini. Aku mengenali dia, antara orang-orang yang berada dijalan ini juga. Tersenyum. Kadang, ada je Allah nak tunjukkan something. Dan, pasti semuanya terselit hikmah. Aku gembira, mengenali teman baru ini. Walaupun singkat, tapi tetap kagum dengan pertemuan yang di rancang oleh Dia.
Mungkin, lepas ini kisah aku pula tercoret disitu? Ceh.
(Mungkin, sekadar dalam blog ni je ngehngeh)
(Mungkin, sekadar dalam blog ni je ngehngeh)
Dijalan ini, aku temui Kau, Rabbi.
Lebih kenal, berbanding sebelumnya.
05052014
Dhuha.
No comments:
Post a Comment