May 26, 2014

Sederhana.




" Wanita yang bahagia. Hatinya tenang dan jiwanya damai."

"Sesungguhnya, kebahagiaan itu adalah keredaan hati, ketenangan nurani, kestabilan jiwa, kesenangan rohani dan kelapangan dada. Mampu menjaga kesihatan tubuh badan, istiqamahnya akhlak, sucinya tingkah laku dan puas serta cukup secara sederhana segala keperluan!"

Buku, SMS daripada Rasulullah (Anuwar Ismail, 2011)

-----

Entah kenapa. Suka benar akan kata-kata di atas, mengugah jiwa dan menghadirkan cita. Mungkin kerana aku teringin benar menjadi wanita bahagia seperti itu? 

Buku ini aku dapat daripada seorang perempuan, yang semestinya aku cinta kerana Allah. Dia yang sentiasa menjadi pendengar, dia yang membuat aku selesa bila disampingnya, tak semua orang aku akan begitu, melainkan bersama dia. Mungkin, kerana kami sama-sama dijalan ini. Buat aku lebih, faham.

Impian aku, cuma mahu menjadi yang sederhana. Kerna bila sederhana, bahagia itu akan datang. Dan, kebergantungan pada Tuhan itu, akan lebih. Aku merasa tenang. Tapi, dalam masa yang sama. Definisi sederhana itu, aku kira ia  mudah menutur dibibir dan agak sedikit  susah untuk diterjemahkan oleh perilaku, kerana manusia itu sering kali mudah terbabas. 

Tapi, aku tetap dengan ini. Walau sesusah mana, aku mencuba; cuba untuk menjadi yang sesederhana mungkin. Dengan itu, aku merasa lebih tenang. Rabb, izinkan aku menjadi perempuan sederhana mencintai kau dengan tulusnya hati. 

27052014
Dhuha

No comments:

Post a Comment