Jul 1, 2014

Ramadhan 3.


(i)

Rasa tak syok dan selfish sungguh diri bila melihatkan diri; hanya mementingkan perihal diri, sakit diri, luka diri; sedang yang di Palestine sana sedang berjuang bertempur habis-habisan. 

Masih ada waktukah kita untuk bermalas-malasan, bersedihan sendiri melayan luka diri? Sedang saudara sendiri menjadi mangsa serangan yahudi.

Rasa tertampar. Kuat. Sakit.

Sakit bukan diluar, bahkan pedih didalam hati.

Teruskan tembakkan doa, buat mereka, diri.
---

(ii)

Bila mula rasa untuk tidak kuat, tidak yakin, tidak betah. Futur, mungkin.

Kembali, untuk memikir. Tuju pada diri. 

"Remember why you started?"

Serius menikam kalbu. Membasahkan mata. Mencari diri yang lama, tapi tidak ditemui. Terasa sesak. Tapi, tetap juga tidak betah untuk terus bermujahadah. Mujahadah untuk mengikis jahiliyah lama.

Mungkin perlu sentiasa cakap pada hati, 

"Mujahadah itu memerlukan masa. Satu proses. Dan, yang sudah pasti Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita. Dia tahu kau sedang berusaha sesungguhnya."

Ya. Ingat itu diri.

"I know you feel worn and tired. I know you're tired of failing. Rest, but don't stop. You can do this. You got this. Not because you're strong, but because He's your strength." - Yasmin Mogahed


---

Ramadhan 3. Apa sahaja yang dah kau lakukan diri? 

Muhasabah.

01072014.

No comments:

Post a Comment