Manusia, dia tidak akan merasa kehilangan sehinggalah
dia sendiri yang akan merasa bagaimana rasa kehilangan itu.
Petang syaaban yang terakhir, sebelum menjengah ke fasa ramadhan. Tempat itu tenang, redup dengan tadahan rimbunan pepohon. Aku pandang sekeliling, keluhan berat aku lepaskan. Hati yang mula sebak aku tahankan. Satu hari nanti pasti aku juga akan mengikut jejak langkah mereka. Cuma ia tidak pasti, bilakah? Itu semua rahsia illahi. Langkah demi langkah aku jejaki, hingga lah aku sampai ke situ, pusara ayahanda tercinta.
"Abah, ila datang ni."
Sedikit bacaan kami sedekahkan pada arwah abah, aku tenung dalam wajah ibuku. Wajah yang mula berkedut, tangan yang berurat. Ini lah wanita yang kuat. Yang kuat tanpa si suami 11 tahun yang lalu. Dia yang selalu berkata, dia ibu yang gagah. Ya, aku akui dia sangat gagah. Hebat tanpa si hero disisi.
Disudut lain aku lihat, seorang lelaki berumur. Aku kenal pak cik ini. Dia kehilangan si isteri pada tahun yang lalu. Tangannya leka menyiram pusara si isteri. Bibirnya membaca ayat aku kira. Tapi, yang buat aku luluh, dia mula menitiskan air mata. Aku yang mula kuat, mula mengeluarkan benih air mata. Sebak. Kiranya, ini ramadhan pertamanya tanpa si isteri.
"Pak cik, tabah ya. Semoga Allah permudahkan ramadhan pak cik. Semoga Allah letak isteri pak cik bersama orang-orang yang beriman. Semoga Allah temukan pak cik dengan arwah mak cik di jannah nanti ya. iA."
Aku tidak mengerti bagaimana merasa hilangnya, pasangan yang selama ini bediri utuh disisi, juga hilangnya kedua ibu dan bapa. Yang aku alami, hilangnya ayah disisi. Itu pun aku merasa bagai tercucuk-cucuk dalam. Tapi, apa yang aku belajar disebalik hilangnya ini, akan sesuatu kekuatan.
Belajar untuk merasa berdikari. Merasa lebih kebergantungan aku kepadaMu. Sungguh, apa yang Dia beri semua dengan mampunya kita. Dia mahu aku belajar kuat. Hinggalah aku boleh melalui fasa itu, selama 11 tahun berlalu. Dengan melihat, bagaimana kuatnya ibuku melalui ujian demi ujian. Dan, disebalik ujian itu semua, Allah banyak beri pertolongan. Sungguh, pertolongannya sangat dekat.
"Syukur."
--
Tidak semana, waktu ini aku jadi ingat akan seorang adikku yang aku sayang keranaNya. Dia adik bulatan aku. Manis dan lembut perwatakkannya. Juga, mudah tersentuh hatinya. Dia antara manusia yang aku kagum lebih. Kekuatannya, cukup mengagumkan. Hilangnya kedua ibu dan bapa, bukan tanda pengakhiran hidupnya. Memang ada waktu akan ada ups and down. Tapi, aku percaya yang adik ini Allah dah bekalkan kekuatan untuknya. Dia yang terpilih antara berjuta, dia antara manusia yang kau sayang lebih.
"Rabb, mudahkan urusan adik ini. Bekalkan kekuatan dalam diri dia. Moga ramadhannya indah mewangi dengan ibdah-ibadah. Begitu juga, dengan adik-adikku yang lain. Sungguh, banyak perkara aku belajar daripada mereka."
--
Bismillah.
Ramadhan pertama.
Semoga sederhana dalam berjuadah
dan luar biasa dalam ibadah.
28062014
No comments:
Post a Comment