Aug 28, 2014

Ibu.

Petang rabu.

Usai menyelesaikan hal penting. Singgah pula ke lembaga zakat untuk meminta bantuan pendidikan sebagai anak selangor. Suasana kelihatan lengang seperti tidak ada orang. Oh, ada juga yang sudah ambil no giliran. Aku yang berdiri lantas duduk disebelahnya. Nenek yang dalam lingkungan usia 60 an, berbaju kuning itu aku senyum serta salam. Aku tanya apa tujuannya datang ke sini? Minta bantuan katanya, tidak ada duit untuk baiki rumah.

"Hmm ni mak cik balik naik apa? Siapa hantar tadi?"
"Tadi anak hantar, balik ni naik bas."
"Sorang je?"
"Ye la nak, sorang je."

Aku bertanya lagi, "Anak-anak mak cik tak hulur duit ke nak bantu betulkan rumah mak cik tu?" Dia hanya senyum, tapi riak diwajahnya jelas lihat dia sedih tapi cuba disorokkan dengan senyuman itu. Katanya, anak-anaknya pun sibuk dengan keluarga masing-masing. Dia tak nak menyusahkan anak-anaknya.

Jika aku, tak sampai hati kiranya aku membiarkan ibuku yang tua pulang seorang diri menaiki bas dan bersendiri diusia tuanya. Sebak. 

--

Kisah seperti ini banyak aku lihat alam tv, tapi hakikatnya ia juga banyak dalam dunia sebenar. Ibu yang terasa hati dengan anak tapi memendam untuk lihat kebahagiaan si anak. Si anak pula tidak peka dengan keadaan si ibu. Lebih memilih si isteri berbanding si ibu. Aku sendiri tidak tahu bagaiman situasi sebenar antara mak cik ini dan juga anakknya, aku cuba husnuzon dan mendoakan kemudahan untuk mak cik ini. 

Realitinya, dalam benak hati aku sendiri. Aku risau akan diri aku juga, andai nanti bila sudah berkeluarga, adakah ibuku menjadi keutamaanku? Takut.

Rabb, selagi aku belum berpunya....izinkan aku berbakti pada ibuku sepenuhnya, membantunya, menemaninya, mengembirakannya, bersolat dengannya, bercerita dengannya, memasak dengannya. :') moga nanti, bila sudah berkeluarga, ibuku tetap menjadi keutamaanku, rabb. 


2 bulan bekerja, aku temui ramai orang yang orang anggap biasa tapi punyai pengalaman yang luar biasa. Pengalaman realiti kehidupan yang buat aku akan lebih bersedia dan mengambil pelajaran, agar nanti masa depan itu aku boleh warna dengan warna warna yang cantik. Ini juga sebahagian tarbiyah buat aku.

Terima kasih Allah, hadirkan mereka yang menjadi sebahagian kenangan! Blessed. 

No comments:

Post a Comment