Hujan rintik diluar. Dan, kami berlapan sedang berpetak gembira. Sorang demi sorang berkongsi akan task yang diberi oleh murabbi; tadabbur, tazkirah, isu semasa, tafsir, hadis, seerah. Bila sorang berkongsi, yang lain tekun mendengar. Ada waktu, bergelak ketawa. Ada waktu, memuhasabah akan hal-hal yang mengesankan diri. Ada waktu juga, ada yang tertumpah air mata.
Ini saat-saat yang menenangkan. Bersama saling mengingatkan.
Ini saat-saat yang menenangkan. Bersama saling mengingatkan.
Selang berapa jam, usai habis berpetak gembira.
Jumpa si dia orang yang bekerja bersama. Berborak akan program, yang aku tidak turut sama. Itulah, bila ada program dalam 1 masa. Hati seakan berbelah bagi, rasa seperti mahu belah dua anggota ini (hehe) tapi mana kan boleh. Sebak katanya, bila tonton cerita yang dikongsi tadi. Andai aku ada sama tadi, mesti aku pun berkongsi sebak itu bersama.
Senyum.
--
Benarlah, nikmat Tuhan mana lagi yang kau nak dustakan?
Bila masa aku pulang dengan motor sorang, pasti aku merefleks balik akan hal-hal yang aku lalui seharian. Itu lah waktu aku bermuhasabah dan berdialog dengan Dia. Dan, nak kata. Entah kenapa, hari ini seakan-akan, sebak menyinggah hati. Sebak kerana apa?
Sebak lah, sebab Allah kurniakan aku nikmat berukhuwah yang indah.
Sebak yang hingga rasa, sepatutnya aku seperti tidak layak untuk merasa ini. Tapi, Allah memberi nikmat ini. Bila aku teringat akan hal awal sem, aku jadi tersenyum sendiri. Merasa diri langsung tidak layak untuk berada bersama, bergerak bersama. Dan, bila lihat sekarang. Sengih dalam syahdu, aku tahu apa yang terbaik yang Allah sudah rancang buat diri. Maka, beruntung lah diri!
BG + Islah. Kalian menenangkan aku. Jzkk!
Terima kasih Allah, memberi rasa ini.
--
Dan, apa yang aku kongsi harini, ialah berkenaan--
Ihfazillah yahfazka.
Tenang hati, saat menuturkan hadis ini.
Moga aku benar mempraktiskannya.
Allah, bantu aku.
Malam indah.
11212014.

No comments:
Post a Comment