(i)
Awal pagi yang tenang, sujudku menghadap Tuhan.
Walau aku tahu, qiamku compang camping,
sekejap ada dan tiada.
Tetap aku rindu, akan himmah itu.
(ii)
Monolog aku sama Tuhan,
yang selalunya aku bicara
tika aku memandu,
pelbagai cerita pahit dan manis,
ada waktu tersenyum sendiri,
ada waktu menangis sendiri.
dan pastinya awan dan langit itu;
menjadi saksi.
(iii)
Riak-riak manusia sekeliling,
ada tawa, marah,
juga masam mencuka.
spontan tanpa paksa.
lahir dari jiwa-jiwa mereka.
tapi itu lah,
yang mewarnakan hari-hari,
bahawa tiada yang sempurna dibumi ini,
tapi kita kan selalu belajar untuk;
selalu berlapang dada,
menerima manusia-manusia ini.
--
Bakal rindu; bumi tarbiyyah bumi usim.
Momen-momen disini.
24122014
Kampus
No comments:
Post a Comment