Apr 8, 2013

Coretan Mac #1

Hidup, andai mahu yang manis-manis, itu bukan hidup aku kira. Ada kala, pahit perlu juga ditelan. Belajar menerima kepahitan pada mulanya, nanti akhir kau tersenyum manis seperti gula-gula. Seperti analogi, Allah turunkan hujan dengan adanya kilat sambar menyambar, selesai hujan, pelangi indah datang bertandang. Manis dan indah. Pasti kau tertawa juga tersenyum, bukan ? Aku tahu, kerna aku juga begitu. Senyum.

Aku; Perempuan pencari Tuhan.

Yang berdiri dengan adanya dua kaki pemberian illahi. 
Yang punya hati, yang memproses banyak perasaan nurani. 
Yang punya akal, untuk aku cerna mana baik atau buruk buat diri.

Cuma kadang, teluskah aku dengan tiap pemberian dari illahi ?

Tunduk.
Malu.

--

Coretan Mac lalu.



i
Punya rakan sekelas yang pelbagai rupa, pelbagai karenah, pelbagai citarasa, cukup membuatkan aku tersenyum dan kadang, (berkerut #eh) melihat mereka. Kadang, sifat yang pelbagai bak 'colour luna warna-warni' cukup membuatkan aku semakin kenal sifat-sifat mereka. Ada satu ketika, Allah uji aku dengan mereka. Dan, disebalik ujian itu terkandung 1001 hikmah. Betul lah, bila kita niat semua kerana Allah, Allah akan permudahkan. Dan, bak kata seorang sahabat ni, Allah akan mengikut sangkaan hambanya. Jika baik, maka baik lah. Jika buruk, maka buruk lah. Terima kasih, komah.

Dalam beberapa minggu, ada ketika hati menangis mengenangkan nasib diri. Nampak jelas, hati tak redha dengan apa yang dah Dia rencana kan. Teruk kan ? Menerima kelebihan juga kelemahan manusia itu perlu. Jangan rasa sudah cukup sempurna dimata Dia, sampai manusia sekeliling kau memandang enteng. Itu parah. Hati dah dirasuk rasa mazmumah. Cepaat ! Cepaat kembali pada fitrah ! Dan, aku jumpa Dia. Alhamdulillah, rawatan dari Dia, cukup memulihkan.

Kini, hati gembira. Bulatan-bulatan berlainan 'madah', didalam kelas aku terima kemas dalam hati. Masing-masing punya idea-idea yang tersendiri. Kreatif dan inovatif. Penuh dengan kerjasama, sampai satu tahap aku malu dengan Dia kerana mereka lah, kerja pertama kami punya markah yang tertinggi. Aku senyum puas. Sangat. Dan, kini aku terusan tasammuh dengan mereka. Melapangkan dada dan moga hingga akhir tahun  4 nanti.

Allah, mudahkan ya ?



ii
Bulatan gembira. Dua patah ayat yang cukup membuatkan aku bahagia. Untuk tahun baru, aku terima murabbiah  yang baru. Orangnya lembut, layanannya lembut. Cukup buat diri selesa dalam bulatan baru. Aku juga punya ahli-ahli bulatan yang baru, mereka ada 6 orang termasuk aku. Ada yang hyperaktif, ada yang keanakkan, ada yang suka buat muka comel, ada yang loghat, ada yang selalu update. Heh, mereka daebak ! Walau baru bersentuh hati, rasa mcm dah kenal lama. Terima kasih semua, terima diri ini seadanyaaa yee :')

Aku teringat, ini bukan dari peluang pertama, ini peluang kedua Allah beri. Alhamdulillah, Allah tarik aku kembali dalam gerabak ini. Mujur ada murabbiah pertama, walau sebentar cuma bersama, tetap memberi kesan. Dan, setiap orang itu, punya cara yang berlainan dalam membentuk. Terima kasih Kak Liya :')

Masih baru dalam gerabak yang laju ini. Dan, misi dulu kini dan selamanya;
Redha Allah dalam genggaman.
InshaaAllah, doakan ! :'D

Eh eh, ada habuk masuk mataaaa pulak dahh. Hi hi hi.

--

Coretan seterusnya. InshaaAllah, to be continue he he.

(Kisah Mac yang penuh suka duka) --Allah uji tanda sayang.

1 comment:

  1. yup! bnyk sngt2 dugaan bln mac ni.. sama ade yg pahit ataupom yg buruk. hah?
    eh, silap2 sama ade yg baik ataupom yg buruk..hee..bleh plak gtu. :D

    sbr ye sal Allah sentiasa ade disisi kita:)
    jng nangis2 nnti mimie xpndai pujuk hehe.

    *bila ade habuk msuk mata pakai je eyemo tu psti mujarab! hehe. mnde mimie mngaruk ni -_-''..

    ReplyDelete